3 Versi Lagu Kebangsaan
Versi Penuh (Full version / Naskah Penuh / Naskah Di Raja)
Naskah Penuh dimainkan pada peristiwa-peristiwa berikut :
- Penghormatan diberi kepada SPB YDP Agong
- Penghormatan diberi kepada Timbalan SPB YDP Agong semasa menjalankan tugas-tugas SPB YDP Agong
- Penghormatan diberi kepada seseorang Raja yang dilantik bagi menjalankan tugas-tugas Yang Di pertuan Agong (Di bawah Ordinan Menjalankan Tugas YDA 1957)
- Panji-Panji diRaja dikibar bagi melambangkan kehadiran SPB YDP Agong
- Semua peristiwa dimana SPB YDP Agong hadir sendiri
- Pada peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh SPB YDP Agong
- Di sekolah-sekolah bagi maksud mengajar murid-murid menyanyi lagu Kebangsaan
- Pada semua peristiwa apabila lagu Kebangsaan dinyanyikan, Naskah Penuh hendaklah dinyanyikan.
- Pada semua sambutan rasmi pembesar-pembesar luar Negara. Naskah penuh hendaklah dimainkan selepas sahaja lagu kebangsaan Negeri pembesar membuat lawatan dimainkan.
- Pada semua peristiwa rasmi yang diadakan oleh Pembesar-Pembesar Luar Negara dalam Malaysia bagi merayakan Hari-Hari Kebangsaan atau peristiwa-peristiwa Kebangsaan yang lain.
- Naskah Penuh hendaklah dimainkan selepas sahaja lagu kebangsaan Negara Pembesar luar Negara itu dimainkan. Maksud Pembesar luar Negara di sini ialah Persuruhjaya Tinggi atau Duta.
Naskah Ringkas (Abridged Version)
Naskah ringkas yang mengandungi 8 baris pertama dan 8 baris terakhir dimainkan pada peristiwa berikut:
- Memberi hormat kepada SPB YDP Agong dalam majlis-majlis rasmi.
- Memberi hormat kepada TYT dalam majlis-majlis rasmi
- Wakil rasmi SPB YDP Agong.Apabila SPB YDP Agong diwakili oleh seorang Raja, lagu kebesaran Negeri DYMM Raja yang berkenan akan dimainkan sepenuhnya dahulu dan selepas itu barulah diikuti dengan lagu Kebangsaan naskah ringkas.
- Wakil-wakil Diplomat SPB YDP Agong di luar Negara dalam majlis-majlis rasmi
- Majlis minum selamat SPB YDP Agong dengan iringan muzik
- Mana-mana peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan dengan titah SPB YDP Agong
Naskah Pendek (Short Version)
Naskah Pendek mengandungi 8 baris yang terakhir dan naskah ini dimainkan dalam keadaan berikut :
- Pada mana-mana peristiwa rasmi apabila SPB YDP Agong atau wakil tidak hadir.Tetapi apabila salah seorang daripada DYMM Raja Melayu hadir maka naskah pendek hendaklah dimainkan selepas lagu kebesaran Negeri semasa tamatnya peristiwa itu.
- Apabila tamatnya sesuatu hiburan atau tamatnya rancangan televisyen
Memainkan Lagu Kebangsaan Dan Lagu Kebesaran Negeri
Di Peringkat Persekutuan :
- Apabila SPB YDP Agong atau wakil rasmi tidak berangkat hadir tetapi salah seorang daripada DYMM Raja Melayu berangkat hadir. Lagu Kebangsaan naskah ringkas hendaklah dimainkan pada akhir majlis tersebut selepas lagu kebesaran Negeri DYMM Raja berkenaan dimainkan.
Di Peringkat negeri :
- Hari jadi TYT
- Hari Kebangsaan
- Upacara Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran
- Istiadat pembukaan persidangan DUN
- Istiadat Mengangkat Sumpah YAB Ketua Menteri / Menteri-Menteri Kabinet
- Majlis-majlis rasmi / majlis-majlis Istiadat yang dihadiri oleh TYT
- Majlis Jamuan Negeri ( State Banquet)
Menghormati Lagu Kebangsaan
Apabila lagu kebangsaan dimaninkan sama ada naskah penuh/ringkas/pendek dimainkan semua orang yang hadir hendaklah berdiri sebagai tanda hormat.
Apabila SPB YDP Agong atau wakil rasmi tidak berangkat hadir tetapi salah seorang daripada DYMM Raja Melayu berangkat hadir. Lagu Kebangsaan naskah ringkas hendaklah dimainkan pada akhir majlis tersebut selepas lagu kebesaran Negeri DYMM Raja berkenaan dimainkan.
Penguatkuasaan
Segala perbuatan yang mungkin merendahkan kemuliaan lagu kebangsaan pada pandangan umum adalah dianggap tidak menghormati lagu kebangsaan.Pegawai-pegawai polis diberi kuasa untuk menangkap tanpa waran orang-orang yang tidak menhormati lagu kebangsaan.
|
|
| Sila klik untuk keterangan lanjut:
|