Perutusan
Pengarah
Profile Seksyen Perayaan
dan Istiadat
Piagam
Pelanggan
Seksyen
Perhubungan Awam
Seksyen
Urusan Pejabat
Rumah
Sarawak

Panduan Am :
  • Jaga tingkah laku dan kesopanan semasa menghadiri majlis rasmi
  • Beri perhatian kepada peraturan protokol
  • Patuhi perkara-perkara yang ditetapkan oleh pihak penganjur seperti menepati masa kehadiran, memakai pakaian yang ditetapkan dan memaklumkan tentang kehadiran
  • Patuhi etiket perbualan,pergaulan dan tertib di meja makan.

Pastikan Anda :

  • Beritahu penganjur keputusan sama ada hadir/tidak hadir ke majlis
  • Memakai pakaian yang betul. Anda mungkin tidak diterima masuk sekiranya tidak berpakaian sesuai
  • Tahu tempat majlis diadakan
  • Hadir mengikut masa yang ditetapkan
  • Hadir mengikut jawapan yang dimaklumkan (Seorang/Berdua)

Kad Jemputan :

  • Teliti segala maklumat yang terkandung dalam Kad Jemputan
  • Teliti tujuan majlis (Rasmi / tidak rasmi)
  • Ambil Perhatian terhadap tarikh, masa dan tempat majlis
  • Ambil maklum tentang jenis pakaian yang ditetapkan
  • Buat keputusan hadir / tidak hadir
  • Beri jawapan kepada Penganjur dengan segera

Semasa tiba di majlis :

  • Elakan datang lewat atau terlalu awal
  • Tunjukkan kad jemputan kepada Penyambut Tetamu
  • Kenalpasti tempat duduk
  • Jangan menukar tempat duduk yang telah disediakan
  • Minta bantuan dari Penyambut Tetamu jika mengalami sebarang masalah

Sebelum majlis bermula :

  • Hendaklah bergaul dengan tetamu-tetamu lain. Jangan memencilkan diri
  • Apabila masuk dan keluar daripada tempat duduk hendaklah dari sebelah kanan kerusi.
  • Jangan meminta minuman yang tidak dihidangkan. Setelah selesai minum gelas diletakan di atas dulang yang dibawa oleh pelayan.
  • Jangan letak gelas dimerata-rata tempat atau membawa gelas ke meja makan

Semasa berada dalam majlis :

  • Teliti program/acara yang akan dijalankan
  • Apabila tetamu VIP sampai hendaklah berdiri
  • Ikuti acara majlis dengan tenang,elakkan dari keluar masuk
  • Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menggangu perjalan majlis seperti bercakap-cakap ketika ucapan disampaikan, ketawa berlebihan dsb.
  • Ikut sama bertepuk tangan

Tertib di meja makan :
Perbuatan yang perlu dielakkan :

  • Bercakap dengan mulut yang penuh dengan makanan
  • Mengunyah gula-gula getah sambil bercakap
  • Mencelah perbualan orang lain
  • Bercakap dengan nada yang tinggi
  • Berbisik-bisik sesama teman
  • Menggunakan bahasa asing yang tidak difahami orang lain
  • Mencungkil gigi,mengorek hidung atau telinga
  • Makan sup atau minum dengan mengeluarkan bunyi
  • Berjenaka berlebihan/ perbualan berbentuk lucah
  • Meletakkan barang peribadi di atas meja
  • Berbedak,bergincu atau menyikat rambut
  • Mengambil makanan secara berlebihan di meja makan secara buffet
  • Berpakaian tidak sesuai

Semasa majlis tamat :

  • Jangan terus melulu keluar
  • Tunggu tetamu kerhormat berangkat meninggalkan majlis
  • Keluar ikut giliran
  • Berdiri mengadap tetamu utama sebagai tanda hormat
  • Elakkan mengambil sesuatu daripada meja sebagai kenangan

Sila klik untuk keterangan lanjut:

Amalan Protokol Dan Etiket Sosial

Ketertiban Dalam Menghadiri Majlis Rasmi

Peraturan Memainkan Lagu Negaraku (Akta Lagu Kebangsaan Tahun 1968)

Jenis-Jenis Pakaian Rasmi

Panggilan Hormat (Honorific)

Peraturan Dan Cara Mengibar Bendera

Cara-Cara Menggantung Gambar/Potret







© 2004 Unit Perhubungan Awam dan Korporat, Jabatan Ketua Menteri