Definisi Protokol:
Menurut Mokhtar & Ahmad (2001:4) dalam Protokol Di Malaysia: Tradisi dan Amalan :
Perkataan protocol pula dikatakan berasal daripada bahasa Yunani iaitu protokollen yang menggabungkan dua kata dasar, protos dan koll. Protos bermakna yang pertama, manakala koll membawa maksud pelekat. Pelekat yang pertama merujuk sehelai kertas yang ditampilkan pada dokumen undang-undang untuk membuktikan kesahihan.
Secara umumnya, amalan protokol boleh dimaksud sebagai:
SATU SISTEM SOPAN SANTUN YANG PERLU DIAMALKAN DALAM PERHUBUNGAN RASMI DAN IANYA JUGA MERUJUK KEPADA SEGALA PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI DALAM MENGANJURKAN MAJLIS-MAJLIS RASMI.
Elemen-Elemen Protokol :
- Susunan Keutamaan
- Panggilan hormat/gelaran
- Susunan tempat duduk
- Cara berpakaian
- Anugerah Kebesaran
- Susunan atur cara
- Cara mengibarkan bendera
- Cara mengantung gambar/potret Orang-Orang Kenamaan
Elemen-Elemen Etiket Sosial :
- Penampilan dan pengayaan kendiri
- Kesopanan dalam menghadiri pelbagai majlis
- Kemahiran dalam perbualan social
- Kesesuian penggunaan pakaian dalam pelbagai majlis
- Kesopanan dalam pertemuan dan perkenalan
- Tertib di meja makan
Kepentingan Protokol :
- Menjaga status dan kedudukan Orang-Orang Kenamaan
- Menjaga sensitivity dan perasaan
- Memastikan kelancaran dan keharmonian majlis
- Memastikan supaya keutamaan dan penghormatan diberi setimpal dengan jawatan seseorang VIP
Nota : Amalan Protokol tidak semestinya Rijid. Peraturan boleh diubah suai mengikut keadaan dan persetujuan pihak-pihak yang terlibat.
|
|
Sila klik untuk keterangan lanjut:
|