Top Menu
Bahasa
  English  | Malay
SIZE FONT
 
 
Banner
 
 
Footer Menu
Best Viewed
STATISTIK
online visitor Pelawat Di Talian 22
total visitor Jumlah Pelawat 377,016
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 8 Mei 2017
Versi 6.0.9
SIJIL

Untitled.png

SINGLE SIGN - ON
 
|

Latar Belakang Cetak Latar Belakang

Unit Protokol dan Perhubungan Awam Negeri ataupun dikenali sebagai UPPAN adalah salah satu unit di antara 9 unit di bawah Jabatan Ketua Menteri. UPPAN bertanggungjawab untuk mengendalikan pengurusan acara dan perhubungan awam bagi Jabatan Ketua Menteri secara khususnya dan untuk Kerajaan Negeri secara amnya.


Peranan UPPAN dalam mengendalikan pengurusan acara adalah di peringkat Negeri dan Kebangsaan (apabila Sarawak menjadi tuan rumah). Selain menjadi sekretariat untuk peringkat Negeri, UPPAN juga bertanggungjawab dalam memastikan amalan protokol mengikut prosedur dan tatacara yang betul.


Peranan perhubungan awam pula, unit ini bertanggungjawab untuk mengendali, menyelaras dan menyebarkan maklumat  untuk Jabatan Ketua Menteri secara khususnya dan Kerajaan Negeri secara amnya.  Secara keseluruhan, unit ini mempunyai 3 seksyen dan 1 bahagian iaitu Seksyen Pengurusan Acara dan Lawatan, Bahagian Protokol dan Istiadat, Seksyen Perhubungan Awam dan Seksyen Urusan Pejabat.


Di samping itu, Unit ini juga mempunyai pejabat di Kuala Lumpur iaitu Pejabat Perhubungan Rumah Sarawak yang mengendalikan fungsi yang sama.