Top Menu
Bahasa
  English  | Malay
SIZE FONT
 
 
Banner
 
 
Footer Menu
Best Viewed
STATISTIK
online visitor Pelawat Di Talian 34
total visitor Jumlah Pelawat 373,657
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 7 Apr 2017
Versi 6.0.9
SIJIL

Untitled.png

SINGLE SIGN - ON
 
|

Perutusan Pengarah Cetak Perutusan Pengarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat datang ke laman sesawang Unit Protokol dan Perhubungan Awam Negeri, Jabatan Ketua Menteri (UPPAN, JKM). Syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana kita masih lagi diberi ruang dan peluang untuk terus menabur bakti dan menjalankan amanah masing - masing di lembaran tahun baru 2017 ini.

Menginjak tahun 2017, UPPAN, JKM turut sama meneruskan inisiatif transformasi bagi menambah baik mutu kerja agar semua pihak yang berurusan dengan kami berpuas hati dengan khidmat yang diberikan.

Selain itu, adalah menjadi aspirasi kami untuk sentiasa menyajikan yang terbaik dalam setiap penganjuran acara dan lawatan yang diadakan di seluruh Sarawak. Kecemerlangan penganjuran ini juga hasil usaha bersepadu semua agensi Negeri dan Persekutuan yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi. Walau bagaimanapun, kami sentiasa mengalu - alukan maklum balas daripada semua pihak bagi memantapkan serta membuat penambahbaikan yang berterusan terhadap mutu penyampaian perkhidmatan kami.

Akhir bicara, selamat melayari laman sesawang UPPAN, JKM. Saya berharap agar semua yang melayari laman sesawang ini mendapat manfaat daripada perkongsin informasi yang dipaparkan.

Sekian, terima kasih.

 

 

DATO HAJI KHIR BIN HAJI BUSRAH
Pengarah
Unit Protokol dan Perhubungan Awam Negeri
Jabatan Ketua Menteri