Top Menu
Language Select
Font Sizer
Banner
Last Updated Date
Last Update: 19 Dec 2014
Version 6.0.6
Footer Menu
Best Viewed
Panggilan Hormat Print Panggilan Hormat

Prinsip Penetapan Panggilan Hormat



Penetapan panggilan hormat ini berasaskan kepada kepada kesesuaian panggilan kepada orang yang dipanggil atau dihormati, sebagai contoh :



Picture
Yang Amat Mulia / Yang Mulia

Anak-Anak Raja memerintah dan karabat Raja yang dianggap oleh masyarakat melayu sebagai golongan yang dimuliakan


Picture
Yang Amat Berhormat

Ketua Kerajaan dan Timbalan Ketua Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat


Picture Yang Berhormat




Picture
Yang Amat Berbahagia

Pembesar-pembesar Negara yang membawa gelaran Tun dan orang-orang kenamaan yang menerima gelaran Tan Sri dan Datuk


Picture Yang Berbahagia





Panggilan Hormat Semasa di Peringkat Persekutuan dan Negeri



Panggilan-Panggilan Diraja

Penyandang Panggilan Hormat
Yang di-Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong
Seri paduka Baginda
Raja memerintah dan Permaisuri – Permaisuri
Kebawah Duli Yang Maha Mulia / Duli Yang Maha Mulia
Tengku mahkota / Raja Muda dan Tengku Ampuan Mahkota
Duli Yang Teramat Mulia
Bekas Raja Permaisuri Agong dan pemangku Raja
Duli Yang Maha Mulia
Anakanda-Anakanda Raja yang memerintah dan penerima-penerima gelaran tertentu dalam perlembagaan negeri
Yang Amat mulia
Keluarga Diraja
Yang Mulia



Panggilan Anggota Badan Pentadbiran

Panggilan Penjawat Awam Eksekutif
Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan & Negeri
Yang Berusaha
Pegawai-Pegawai Kanan Persekutuan & Negeri
Yang Berusaha



Perundangan
Ketua Hakim Negara
Mahkamah Persekutuan
Presiden Mahkamah Rayuan
Hakim Besar Semenanjung
Hakim Besar Sabah dan Sarawak
Yang Amat Arif
Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi
Hakim Mahkamah Rayuan
Hakim Mahkamah Persekutuan
Hakim Mahkamah Syariah
Presiden Mahkamah Sesyen
Majistret (di Negeri)
Yang Arif



Penerima-Penerima Darjah Kebesaran
Penerima Anugerah yang membawa gelaran TUN
Yang Amat Berbahagia
Penerima Anugerah yang membawa gelaran Tan Sri dan Datuk
Yang Berbahagia
Penerima Anugerah Negeri Pahang
Yang Hormat



Panggilan Keagamaan
Mufti
Sahibus Samahah
Kadi
Sahibul Fadillah
Guru-Guru Agama
Al Fadil / Al Ustaz
Mereka yang telah menunaikan Ibadah haji
Haji
Hajah



Masalah-masalah dalam Panggilan Hormat

Terdapat beberapa isu dan permasalahan yang timbul daripada ketidak seragaman dalam panggilan hormat di setiap Negeri. Perkara-perkara yang tersebut ialah :





i. Penggunaan Tingkatan / Ketinggian Dalam Panggilan Hormat

Perkataan `AMAT’ pada panggilan hormat telah menjadi kebiasaan tetapi penggunaannya hendaklah sesuai dan selari dengan kedudukan dan jawatan seseorang seperti :

Yang Amat Berhormat 
Seseorang yang paling dihormati dalam kumpulannya seperti Perdana Menteri / Tim. Perdana Menteri, Menteri Besar & Ketua Menteri
Yang Amat Arif   
Seseorang yang paling arif dikalangan kumpulanya seperti Ketua hakim Negara,Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, hakim Besar sabah dan Sarawak
Yang Amat Berbahagia
Isteri kepada YAB, YAA dan TYT. Seseoran Kenamaan yang menerima anugerah tertinggi yang membawa gelaran TUN dan isterinya Toh Puan


ii. Panggilan hormat kepada penerima darjah yang memiliki gelaran akademik

Panggilan hormat tertentu diperolehi kerana dianugerahkan sesuatu darjah kebesaran, manakala gelaran-gelaran akademik diperolehi setelah mencapai sesuatu tingkat dalam bidang akademik. Anugerah-anugerah tersebut membawa panggilan hormat sedangkan gelaran-gelaran akademik tiada. Oleh itu penggunaan panggilan hormat bagi golongan akademik ialah seperti berikut :

Yang Berbahagia Datuk Prof. Dr. Ibrahim Bin Samad
bukannya
Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Ibrahim Bin Samad


iii. Penggunaan kurang tepat panggilan hormat pada penulisan dan sebutan

Seringkali diucapkan atau ditulis dalam memo-memo jabatan panggilan hormat sesorang dengan diikuti nama jawatannya tanpa menyebut atau menulis nama penjawat jawatan tersebut.Perkara ini tidak tepat kerana penggunaan panggilan hormat adalah untuk penjawatnya bukan jawatan yang disandang seperti berikut :

Y.Bhg Datu Ose Murang
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
(Keselamatan, Pentadbiran dan Hal Ehwal Korporat)
bukannya
Y.Bhg Datu TSUK
Jabatan Ketua Menteri





PERINGATAN;

“ Pastikan Panggilan Hormat yang kita gunakan ke atas seseorang itu tepat dan betul. Penggunaan Panggilan Hormat yang salah akan menyinggung perasaan atau merendahkan martabat VIP yang berkenaan”
 
|